Want your
own Fotopage?






 
Dari Teratak Maklang

By: Mak Lang

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 25-Jul-2007 13:52 Email | Share | Bookmark
Ayam Masak Serai

 

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.


* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.


namak sedap la..
sat hari nanti kkaliza nak cuba ...
Wed 25-Jul-2007 19:41
Posted by:hanieliza  - [Link]
alamakkk....ayam tu ngancamnyaaaaa..... ishhhh...balik kang nak cari ayamlah pulokkk.... Thu 26-Jul-2007 04:45
Posted by:maklang  - [Link]
amboiii..sedap sungguh ayam ni.. saya memang suka ayam yang masak jenis kering2 macam ni, ni bulan puasa ni kalau rajin boleh la try. Tue 4-Sep-2007 03:40
Posted by:atikah  - [Link]
amboiii..sedap sungguh ayam ni.. saya memang suka ayam yang masak jenis kering2 macam ni, ni bulan puasa ni kalau rajin boleh la try. Tue 4-Sep-2007 03:44
Posted by:atikah  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.