Want your
own Fotopage?






 
Dari Teratak Maklang

By: Mak Lang

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Tuesday, 31-Jul-2007 06:46 Email | Share | | Bookmark
ANNOUNCEMENT

THIS FOTOPAGES HAS BEEN MOVED TO http://teratakmaklang.fotopages.com

Care to comment?


Friday, 27-Jul-2007 23:10 Email | Share | | Bookmark
Gado gado

 
 


Bahan-bahannya:

3 biji lada merah
3 biji cili padi
3 ulas bawang putih
Sebesar ibujari asam jawa ( dibuangkan bijinya)
2 sdt gula merah
3 helai daun purut
1 cawan kacang tanah digoreng
½ inci persegi belacan yang telah dibakar.
Sedikit garam jika perlu.
Caranya:
Tumbuk lada merah, cili padi dan bawang putih sehingga lumat.
Campurkan dengan belcan, gula merah dan asam jawa ( bukanairnya tau, asam jawa itu sendiri)
Tumbuk lagi bersama daun limau purut sehingga lumat.
Tumbukkan kacang agak kasar2.
Boleh juga dicampurkan sedikit garam mengikut rasa masing2.
Campurkan dengan ½ cawan air. Kuah ini agak pekat. Jadinya atas kita sendiri mengagaknya.

Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

tumpang iklan skit pasal kristal ye tuan umah...
http://kristalonline.fotopages.com/
Fri 28-Sep-2007 12:17
Posted by:Mazuki mazuki2873@yahoo.com  - [Link]
Mencari kain cotton yang cantik dan baju smoking kanak-kanak lawati fp kami di
http://sabrinaboutique.fotopages.com
Sat 29-Mar-2008 08:44
Posted by:unnamed sabrinaboutique@gmail.com  - [Link]
Tumpang iklan yer,

Anda menghadapi masalah Kesukaran Kencing, Kencing Tak Lawas,Kencing Menitis, Hilang Minat Terhadap SEKS,Sakit Sendi Tulang, Sakit Tulang Belakang,Letih & Lesu, ,Masalah Prostat, Kesukaran Ereksi,Cepat Tua, Monopaus, Kemandulan,Kekeringan Alat Pembiakan, Dan Pelbagai Lagi..Tekanan Kerja Jejaskan Kualiti SEKS..
Sila lawati

http://mymentalk.blogspot.com/
Mon 28-Apr-2008 02:13
Posted by:zeffendy mymentalk@yahoo.com  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Thursday, 26-Jul-2007 04:05 Email | Share | | Bookmark
[size=18]Tauhu lada hitam[/size]

 



5 keping tauhu putih yang lembut ( boleh juga digantikan dengan tauhu Jepun)
1 labu bawang besar dipotong memanjang
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sdt lada hitam ditumbuk halus
1 biji tomato yang sedang dibelah 6
10 biji cendawan butang dibelah 4
½ sdt gula
4 sdm sos tiram
½ sdt minyak bijan (jika suka)
½ cawan air
Sedikit minyak untuk menggoreng tauhu
Sedikit garam

Caranya:

Tauhu di potong empat dan digoreng tetapi jangan terlalu garing.
Tumis bawang putih dan lada hitam sehingga garing.
Masukkan sos tiram, kacau kan dan kemudian masukkan air dan bawang besar
Masukkan cendawan butang dan biarkan sebentar. Kacau rata
Masukkan tomato buah dah gula, garam dan tauhu yang telah digoreng.
Kacau dan balik2kan supaya kuah rata pada tauhu.
Letakkan sedikit minyak bijan jika mahu dan kacau rata.
Dah siap…boleh diangkat dan di makan….

Selamat menjamu selera!
Quote:

maklang azie dgn maklang nazri nih org yg berbeza ker? huhu..ingatkan org yg sama..sedap² resepi kat sini. Fri 27-Jul-2007 07:26
Posted by:gadis
maklang azie dgn maklang nadzrin nih org yg berbeza ker? huhu..ingatkan org yg sama..sedap² resepi kat sini. Fri 27-Jul-2007 07:30
Posted by:gadis
Welcome to fp


more editing and
update at :-
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com
Fri 27-Jul-2007 08:40
Posted by:Shukri Sfawani sfawani@hotmail.com
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 25-Jul-2007 13:52 Email | Share | | Bookmark
Ayam Masak Serai

 

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.


* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.


alamakkk....ayam tu ngancamnyaaaaa..... ishhhh...balik kang nak cari ayamlah pulokkk.... Thu 26-Jul-2007 04:45
Posted by:maklang  - [Link]
amboiii..sedap sungguh ayam ni.. saya memang suka ayam yang masak jenis kering2 macam ni, ni bulan puasa ni kalau rajin boleh la try. Tue 4-Sep-2007 03:40
Posted by:atikah  - [Link]
amboiii..sedap sungguh ayam ni.. saya memang suka ayam yang masak jenis kering2 macam ni, ni bulan puasa ni kalau rajin boleh la try. Tue 4-Sep-2007 03:44
Posted by:atikah  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 24-Jul-2007 14:58 Email | Share | | Bookmark
Ikan Tilapia Merah Goreng Tomato

 


Bahan2nya:

2 ekor ikan tilapia dibuang perutnya dan direndam dengan air asam jawa dan perahan air limau serta sedikit garam

2 labu bawang besar dihiris bulat

2 ulas bawang putih dihiris

4 sudu besar sos tomato

1 biji lada hijau dipotong serong

Minyak untuk menggoreng

Sedikit garam

Sedikit kunyit

Sepokok daun bawang yang dipotong seinci panjang untuk hiasan


Caranya:


Ikan tilapia dilumurkan dengan garam dan kunyit.
Goreng ikan tilapia sehingga gareng. Jikalau tidak cukup gareng, isi nya terlalu lembik
Apabila telah gareng, angkat ikan tersebut dan toskan minyaknya.
Tumiskan sos tomato sebentar dan kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang . Kacau sebentar dan masukkan lada hijau yang telah dihiris tadi.
Masukkan sedikit garam.
Apabila telah mendidih curahkan kuah ke atas ikan tadi. Hiaskan dengan daun bawang jika suka.
[url]


jom....jenguk2 tudung....latest upload..


Regards...,
http://happybuying.fotopages.com/
Wed 25-Jul-2007 11:48
Posted by:happybuying
ada 3 ekor talapia merah kat freezer... nak buat cam maklang lah... Thu 26-Jul-2007 04:55
Posted by:Penyulawa  - [Link]
jengok2 jahitan manik kita ........TQVM utk tuan umah!
http://manikmanik.fotopages.com/
Thu 13-Sep-2007 02:54
Posted by:ija
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 24-Jul-2007 14:40 Email | Share | | Bookmark
Udang Goreng Bercili

 
Selamat Datang ke Dapur Maklang




Udang goreng bercili

1/2 kg udang kertas dibuang janggutnya

1 labu bawang besar dihiris memanjang

2 ulas bawang putih dihiris

15 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

1 biji lada hijau dipotong serong

1 biji tomato dipotong bulat

Minyak untuk menggoreng

2 sudu gula pasir

Sedikit garam

Sedikit kunyit

Sepokok daun ketumbar untuk hiasan


Caranya:


Udang dilumurkan dengan garam dan kunyit dan digoreng gareng.
Apabila telah gareng, angkat udang tersebut dan toskan minyaknya.
Tumiskan lada kering tadi sehingga gareng dan kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang . Kacau sebentar dan masukkan lada hijau yang telah dihiris tadi.
Masukkan tomato yang dipotong bulat
Masukkan sedikit garam.
Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan rata. Hiaskan dengan daun ketumbar jika suka
Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba

bertambahlah tempat saya mencari idea masak hari2....
salam perkenalan
Wed 25-Jul-2007 14:21
Posted by:Aliza  - [Link]
Syukur... banyak tempat nak dapatkan resipi dan boleh lah belajar apa yang patut. I kadang2 hairan yang setengah orang tak nak share resipi walaupun kita kata nak bayar.... tak pa lah, dalam fotopages ni berlambak2 yang free. siap bagi tips lagi... ilmu kalau tak di share, kureng la nikmatnya kan??? , Syukur sangat2. pada yang sudi share ilmu ...Adios Thu 26-Jul-2007 02:05
Posted by:Azfa
chek ni dah lama tak makan pedas,,,hari ni tadi gi makan kat chinese restaurant mintak pulak sambai olek,,pedas gila..anak dara chek yang baru 4 tahun punya ler makan siap cicah dgn ikan,,dia kata ,,,sedap ni umi sambil terkedu minta ais,,,,malu chek,,,, Thu 27-Sep-2007 01:19
Posted by:sharimah mustafa @chek m_sharimah@hotmail.com
View all 6 comments Add comment


[Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.